skip to Main Content
Rambut Gugur Semasa Sikat Rambut Dan Cara Mengatasinya

45 views

Soalan :

His sis, saya Mira 20thn. Rambut saya gugur, kalau disisir guna tangan je walaupun perlahan mesti ada saja yg gugur dan saya tak merasakan rasa apa-apa stiap kali ada rambut yg gugur. Dan kalo saya raba dengan telapak tangan di kepala, sy merasakan seperti ada rambut-rambut yg baru tumbuh. Bole saya tahu apa penyebab dan bagaimana cara untuk mengatasinya? Saya sangat risau dan bimbang kerana rambut sy semakin nipis dan hampir menampakkan kulit kepala.

Jawapan:

Salam Mira, Berikut artikel yang membahas lebih terperinci mengenai masalah keguguran pada rambut :

Rambut gugur pada rambut yang baru tumbuh menandakan adanya proses pembaikan pada rambut. Tetapi jika terdapat rambut yang gugur melebihi 100 helai/hari baru dikelasifikasikan sebagai masalah rambut gugur. Rambut yang gugur secara berlebihan adalah disebabkan oleh :

  1. Pengaruh hormon
  2. Pengaruh pemakanan (misalnya diet terlalu ekstrim, kekurangan nutrisi)
  3. Mengalami Stress yang terlampau
  4. Efek sampingan akibat dari pemakaian produk yang mengandungi bahan kimia yg berlebihan pada rambut
  5. Mengikat rambut secara berlebihan
  6. Efek sampingan daripada penggunaan ubat dan lain-lain

Langkah yang dapat Mira lakukan untuk mengatasinya antara lain adalah;

  1. Menggunakan shampu rambut yang tepat
  2. Sebolehnya cuba hindari pemakaian bahan kimia pada rambut
  3. Pemilihan makanan bernutrisi
  4. Hindari menarik rambut terlalu kuat ketika mengikat rambut
  5. Amalkan gaya hidup sihat bagi menghindari stress yang berpanjangan

Apabila masalah rambut gugur yang mira alami bertambah parah dan berada pada tahap yang sangat membimbangkan, sebaiknya buat pemeriksaan dengan doktor agar mira dapat mencari jawapan yang lebih tepat kerana ada beberapa punca lain yang memungkinkan mira mengalami masalah rambut gugur yang amat teruk dan memerlukan penerangan yang lebih khusus (misalnya penyakit autoimun,dll).

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan terhadap rambut dan kulit kepala serta pemeriksaan yang lebih terperinci akan dijalankan jika diperlukan untuk menentukan penyebab rambut gugur tersebut.

Doktor akan mencadangkan penggunaan ubat seperti Minoxidil atau membuat perubatan yang berkaitan untuk mengatasi keluhan rambut gugur yang mira sedang alami sekarang.

Mira akan dapat membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kondisi masalah mira dan membuat pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik.

Info lengkap mengenai cara mengatasi masalah rambut gugur yang lain boleh dibaca di sini .

Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Back To Top